Description
PETUA MAGIK DAN JIMAT BUANG MEKAP DAN CUCI MUKA DALAM 1 LANGKAH SAJERR!:scream:
Ok harini Ferra nak share kepada semua pemalas cuci muka macam Ferra satu je langkah nak
1) buang mekap ( waterproof foundation dan mascara skali bole hilang )
2) cuci muka
Best kan sebab sebelum tido malas nau rasa nak cuci mekap tuh!
Langkah ni jugak best untuk buang mekap sebelum solat so takyah dah pakai wipes+ Cleanser sebab cara ni memang 1 step je sebelum amik wuduk.
Sini Ferra share tips cari cleanser yang bagus untuk kulit.
CIRI CIRI CLEANSER YANG BAIK :
1) lepas cuci takde perasaan tegang muka Yang kering melampau ( tegang tu sebab sebum muka yang protect kulit dah hilang)
2) cleanser yang baik tak mengubah pH muka dengan drastik. Muka kita pH asid ( 5.5) dan kebanyakan cleanser berbuih ada sulfate yang beralkali (pH 9) . Tak semua boleh tahan perubahan pH ni jadi ramai yang keluar jerawat kalau keseimbangan pH terganggu.
3) Cleanser yang baik tak sekat pori dan bantu melembapkan kulit dan kecutkan jerawat sebagai bonus! Lepas cuci muka jerawat pun bole kecut.
4) Cleanser yang baik bertindak sebagai oil balancer- kalau muka tlalu kering, dia jadikan moist. Kalau muka terlalu berminyak, dia kurangkan sebum production.
5) Cleanser yang baik ada banyak bahan merawat kulit macam Argan Oil, Rose Oil, Aloe Vera Oil, Vit C dan segala zat zat makanan kulit.
6) Cleanser yang baik ada added value selain mencuci muka je. Contohnya cleanser yang boleh buang waterproof mekap sekali dan yang ada aromatherapy macam Lavender Oil. Lepas pakai rasa relax dan membantu kita tidur.
Reviews
There are no reviews yet.