Nak inai cantik sehari dua ker berminggu minggu?

Selalu bila pakai inai hari pertama kedua je cantik lepastu hancus kuku buruk inai terkopek warna tak sekata, memang boleh serik terus tak suka pakai inai.

Tapi jangan risau dengan inai damia korang takkan alamami mimpi ngeri itu. Warna hilang dengan sekata dan kuku tetap cantik. gambar kat bawah ni menceritakan segalanya…

bila dah pakai inai damia ni uols akan rasa Tak sempat inai hilang dekat kuku nak  lumur dia semula kat jari dengan inai damia tau tu tahap normal bila dah try sekali.

Ada yang cakap saya taksuka lah pakai inai nanti tangan comot, sebenarnya yang cakap comot tu mesti sebab ada pengalaman pakai inai terkopek dan jadi comot tangan jadi tak cantik.

Tapi dengan inai damia jangan risau takkan jadi macamtu, sebab inai damia inai dari daun inai asli, inai mcm masa kecik² kita pakai tu, tapi inai damia kita dah moden kan dia bagi senang pakai terus.

cara pakai inai damia ni pun cara lama bungkus , pakai lama jugak tau dlm 3 hingga 6 jam.. tahap kemerahan dia mmg uols kenot brain .. ni inai asli ker? sbb inai asli pun kalah dengan warna merah inai damia tau…

Tips inai tahan lebih lama

Bagi mereka yang berkulit cerah , sila campurkan beberapa titis minyak pati (essential oil) dalam adunan inai anda :-

  1. Minyak kayu putih (paling berkesan)
  2. Minyak angin (tak kisah jenama)
  3. Minyak pati lavender
  4. Minyak zaitun
    Jika anda tidak mahu untuk mencampurkan minyak pati dalam pes campuran inai, anda boleh titiskan ia kemudian. Titiskan pada jari dan kuku setelah kawasan tersebut diselaputi pes inai. Biarkan ia meresap sehingga inai pada kaki atau tangan mengering dan merekah.
    Antara cara lain untuk membuatkan warna inai lebih pekat adalah dengan cara mencampurkan sedikit jus asam limau ke dalam pes campuran inai. Hal ini kerana kandungan asidik daripada limau tersebut akan membantu dalam menghasilkan warna yang lebih terang dan menarik.
  5. Sebelum memakai inai, oleskan secara nipis minyak sayuran seperti minyak jagung,minyak zaitun dan minyak canola (yang mana ada ye, tak perlu susah-susah nak ke kedai sebab tak ada di rumah) pada keseluruhan bahagian tangan yang akan dipakaikan dengan inai.
  6. Setelah inai mengering di bahagian yang dipakaikan, elakkan daripada menggunakan air dan sabun untuk mencucui sisa-sisa inai yang kering tadi pada permukaan tangan/kulit/kaki. Gantikan penggunaan air dengan minyak bagi mencuci sisa-sisa inai tadi.
  7. Jika boleh, elakkan inai di kuku atau kulit daripada terkena air buat beberapa jam selepas
    mencucinya dengan minyak sayuran seperti yang dinyatakan di atas sebentar tadi.

Perhatian!

  1. Jangan digosok bahagian yang dipakaikan inai ketika mencuci tangan mahupun ketika mandi
  2. Jauhi tempat yang mengandungi kadar klorin yang tinggi seperti kolam renang atau kolam air panas.
  3. Jangan memakai losyen kerana ianya tidak baik untuk inai , ini kerana losyen mengandungi zat antioksidan yang dapat memudarkan warna inai.
    Selamat beramal!

Leave a Reply

This site is protected by reCAPTCHA and the Google Privacy Policy and Terms of Service apply.